ads

Jumaat, 19 Ogos 2011

12 di ulu yam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di ulu yam - Google Blog Search


Letupan Bom <b>Di Ulu Yam</b> (21 Gambar) | gobblogz

Posted: 06 Jul 2011 05:56 PM PDT

Lokasi : Ladang Getah FELCRA Sg Baru, Ulu Yam, Selangor
Masa  : 11.00 pagi hingga 3 petang.
Tarikh : 6 Julai 2011 (Rabu)
Semalam pada jam 11.00 pagi sepasukan 10 orang skuad pemusnah bom dari IPPK Shah Alam 'menyerbu' ladang getah FELCRA kerana mendapat laporan mengenai bom perang zaman British yang tertanam di teresan pokok getah. Turut menyertai pasukan ini 2 orang pegawai polis dari IPD Kuala Kubu Bharu dan Ketua Balai Polis Ulu Yam Bharu. Operasi ini di namakan 'Ops Guni Terbang'. Sebab apa nama guni? Korang baca dulu sampai habis.

Aku pun turut serta bersama Kasim . Safarul dan Nazirul lambat sikit sampai.Ok Mula-mula pasukan ini menggali di tempat bom yang tertanam. (tak boleh dekat dan tak boleh tangkap gambar tapi aku tangkap jugak dari jauh).Terus menggali..Gali lagi... sebenarnya bom ni di jumpai oleh penoreh Indonesia dengan segera dia bagitau aku . Begini kisahnya.

Pekerja :-

" Bos, aku rasa sepertinya ada bom di lot aku toreh cumanya tertanam saja, di teresan, udah takut saya mau noreh di situ, takut meletuup"
Aku :-
"Bom? Pejadah bom dalam kebun getah dekat teres plak tuh,"
Pekerja :-
"Kalo bos nggak percaya mari saya tunjukin,"
Aku :-
" Jom2 ,"

Maka benarlah seperti apa yang di katakan pekerja tadi lantas segera aku bagitu Abg Din, polis Kuala Kubu Bharu.Bom di keluarkan. Bom ini seberat 80kg.Lubang bom yang di temui di gali lagi dalam sebab nak di letupkan kat situ jugak.13 guni di isi tanah untuk di guna sebagai penyerap impak letupan.Lubang di gali sedalam 50 cm lagi.Bom di letak dalam lubang tapi sebelum tu bom berkenaan telah di ikat dengan bahan letupan C4. Maksudnya di sini C4 berkenaan yang memusnahkan bom tersebut bukan bom tu yang meletup.13 guni tadi di tindih atas tanah dan pihak polis mengarahkan kawasan berkenaan di kosongkan dalam 100 meter radius.Aku dengan kawan-kawan pun tunggu la dalam 100 meter dan tepat jam 1.50 petang bom tersebut di letupkan. Bunyi dia bagi aku kuat jugak la.15 minit kemudian aku datang balik tengok impak letupan tadi. Sampai je situ bau belerang kuat menusuk hidung. Tengok je tempat letupan aku tengok dah rongak tanah tu kena makan dengan C4.Polis memeriksa kawasan letupandan mencari-cari serpihan bom untuk buat cenderahati.Seorang anggota polis memegang serpihan bom. Tebal jugak tu.

Gambar impak letupan jarak dekat.Terkeluar habis akar pokok getah.Ha ni la sebabnya di panggil Ops Guni Terbang sebab guni-guni yang di tindih tadi akan berterbangan ke udara bila C4 di aktifkan. Habis semua sangkut kat pokok. (aku reka je nama operasi ni haha).

Sebelum pasukan pemusnah bom ni pulang, salah sorang polis tu cakap :-
"Ni petua orang-orang dulu la, ambil serpihan bom tu, kalau ada budak kecik selalu nangis malam, letak bawah bantal, Insya Allah diam la budak tu,"
 Aku jawab : -
" ye ke, ooo terima kasih la sebab letupkan tempat ni,"
Lain dia cakap lain pulak aku jawab.
Selepas semua balik aku, Safarul, Nazirul pergi balik tempat tadi dan mula mencari,mengorek,menggali kot2 terjumpa. Akhirnya dapat la juga 5 keping.
Aku ambil yang ni mana la tau kot petua yang polis tu bagi berkesan. 
p/s : apsal jumpa 1 je, jumpa la 10 biji bom baru la meriah dengan letupan. haha
Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved