ads

Jumaat, 11 Januari 2013

12 di bangi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


cik mun blogger: <b>di Bangi</b> , perlukan doa kalian .

Posted: 11 Jan 2013 02:36 AM PST

assalamualaikum . selamat petang .

entry nie ada dua topik .

di Bangi .

untuk pertama kalinya entry aku kat Bangi untuk semester ke 2 . ada yang rindu aku ke ? relax lah . baru tak sampai seminggu . aku terharu giler baca komen untuk entry aku yang ini . tapi buat masa nie aku tak approve lagi lah komen tuu .

aku dah settle dah daftar dan semua semua benda segala bagai . cuma tunggu nak masuk kelas je Isnin nie .

Micro Economics. Financial Accounting. Cost Accounting. Principles of Marketing. Statistics. itu adalah antara subjek yang akan aku belajar untuk semester ke 2 nie . aku harap senang .

sebelum mak abah aku tinggalkan aku kat hostel nie , abah aku bawak aku pergi jenjalan kat Teluk Kemang dan PD ( pandai pandai korang lah teka ) mungkin abah aku nak mengurang kesedihan aku yang tak sedih nie kot .

perlukan doa korang . . .

sebelum aku stop laporan nie , aku nak mintak doa korang . tolong doakan kawan abah aku yang sedang sakit . aku tak taw nak cakap macam mana sakit dia tuu . tapi dia memang tak sedar . walaupun mata dia terbukak , dia tak nampak . dia hanya boleh dengar je . dia tak boleh bergerak , hanya mata dia je boleh bergerak . dia tak boleh makan , hanya boleh minum , itu pun pakai tiub .

berdasarkan cerita daripada isteri pak cik tuu , dia terkena masa dia tengah makan selepas selesai berniaga . jantung dia berhenti tetiba . selepas beberapa kali CPR , jantung dia kembali berfungsi . dia tak de sakit apa , semua okay je . sistem saraf dia semua okay , jantung dia pun dah okay dah sekarang . tapi masih terbaring . tak boleh bergerak anggota badan kecuali mata . itu pun dia masih tak nampak .

aku teringat ayat isteri pak cik tuu ,

" akak tak nak nak fikir negatif , bersangka buruk kat orang lain . mungkin ini ujian . "

tolong doakan beliau cepat sembuh ea . :')

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved