ads

Jumaat, 11 Januari 2013

12 di kajang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


TERRYROTTEN BLOG: Pakej Pecah Dara RM5 Ribu <b>di Kajang</b>

Posted: 05 Jan 2013 08:26 PM PST

Kajang - Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di negara inibertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan yang mereka dakwa masih lagi 'dara'.

Dengan caj dikenakan sebanyak RM5,000, pelanggan yang melanggan pelacur dara itu turut diberi kebebasan membawanya kemana sahaja selama 3 hari.

Sindiket itu beroperasi di tingkat satu sebuah hotel disini yang menawarkan pelacur warga asing terutamanya dari Vietnam yang berusia 17 hingga 21 tahun.

Aktiviti tidak bermoral sindiket itu telah terbongkar hasil penyamaran dari wartawan media tempatan selepas mendapat maklumat orang awam.

Seperti biasa, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk tujuan pelacuran.

Seorang bapa ayam yang dikenali sebagai Wong berkata "pakej pecah dara itu ditawarkan pihaknya selepas ramai pelanggan menyatakan bosan melanggan pelacur yang sama dan mahukan teman tidur di kalangan wanita yang lebih muda".

Menurutnya, selepas membayar bayaran sebanyak RM5 ribu yang dikenakan, pelanggan perlu menunggu selama 3 hari kerana pihaknya akan berurusan dengan ejen bagi mendapatkan gadis terbabit selain menguruskan urusan perjalanan.

"Tiga hari tidak lama. Awak tunggu saja dan mesti puas hati kerana kami akan beri perempuan yang dijamin cantik dan masih dara".

Wong berkata lagi, selain tempahan dibuat, ejennya di Vietnam akan mengirimkan gambar pelacur menerusi emel untuk ditunjukkan kepada pelanggan bagi membuat pilihan.

"Ini lain daripada yang lain, kalau awak mahu, cepat-cepat beritahu saya".

Katanya, selain pakej pecah dara, pelbagai pakej lain turut ditawarkan antaranya menyediakan khidmat seks termasuk termasuk urutan dengan caj RM238 membabitkan dua pelanggan yang berasingan termasuk pakej mandi air panas dan hidangan makanan percuma.

"Kami juga ada perempuan Russia yang boleh bercakap bahasa melayu dan bayarannya juga tidak mahal, cuma RM250 sahaja". Katanya.

Mengulas kegiatan sindiket pelacuran berkenaan, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya sudah menyerbu premis terbabit beberapa kali sejak tahun baru.

"Ternyata mereka masih degil meneruskan operasi tersebut, dan hasil dari maklumat yang kami terima, pihak polis akan melakukan serbuan terhadap premis itu dalam masa terdekat.

"Ini kerana kami tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan memastikan tindakan tegas akan diambil ke atas mereka". -Sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved