ads

Jumaat, 11 Januari 2013

12 di subang jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


Tanah Runtuh <b>Di</b> Putra Height,<b>Subang Jaya</b>, 6 Kereta Tertimbus | ct <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2013 04:48 AM PST

Enam kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Balai Polis Putra Height, Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian itu dilapor berlaku pada pukul 6.12 petang.

"Sehingga kini maklumat yang diterima hanya melibatkan kenderaan yang tertimbus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sehingga kini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang.info sinarharian


update 4 Jan 2013

Tujuh buah kenderaan yang melalui jalan menghala ke persimpangan lampu isyarat Persiaran Putra Bahagia dan Persiaran Putra Perdana di Putra Heights di sini semalam ditimpa banjir lumpur yang mengalir secara tiba-tiba dari kawasan lopak di kaki bukit di situ.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, pemandu lima buah kereta, pemandu sebuah van dan penunggang sebuah motosikal tidak cedera.

Jarak antara kawasan lopak dengan jalan yang dilanda banjir lumpur kira-kira 20 meter.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, tanah lumpur dari lopak itu mengalir menimpa tujuh buah kenderaan tersebut selepas sebahagian dari lereng Bukit Cermin yang tiba-tiba runtuh.

"Runtuhan tanah pada lereng bukit itu menimpa lopak di kaki bukit mengakibatkan lumpur dari lopak itu melimpah ke atas jalan.

"Kawasan tanah lereng bukit yang runtuh itu berlaku di kawasan tapak pembinaan rumah di atas bukit tersebut," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!

Berikutan kejadian itu, Yahaya berkata, kerja-kerja pembersihan lumpur sedang dilakukan oleh pihak kontraktor projek pembinaan tersebut dengan dibantu pasukan bomba dan penyelamat.

"Sehingga pukul 10 malam tadi jalan tersebut masih ditutup dan dikawal oleh Unit Peronda Polis dan polis trafik," kata beliau.

Bagaimanapun, menurut beliau, tiada kawasan perumahan penduduk terjejas ekoran kejadian tersebut.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tanah runtuh itu pada pukul 6.12 petang.

"Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang. info kosmo.com.my 

Video banjir lumpur <b>di Subang Jaya</b> <b>...</b> - suraukini

Posted: 04 Jan 2013 12:21 AM PST

Banjir lumpur di awal tahun
SUBANG JAYA: "Ketika memandu kereta, tiba - tiba saya melihat tanah lumpur seperti ombak tsunami datang dari bukit berhampiran dan menimbus kereta saya. Beberapa saat kemudian, satu lagi runtuhan berlaku dan tanahnya menghala ke arah kereta saya.
"Tanpa berfikir panjang, saya menarik tangan isteri dan keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri," kata Abdul Talib Ramli, 59, seorang daripada lapan mangsa kejadian tanah lumpur di Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights, di sini, jam 6.15 petang semalam.

Dalam kejadian itu, lima kereta, sebuah van dan sebuah motosikal diselaputi lumpur akibat runtuhan tanah dari Bukit Cermin yang jatuh ke dalam takungan air di kaki bukit sebelum melimpah atas jalan.

Abdul Talib berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Siti Laila Othman, 57, dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumah di Putra Heights.


"Keadaan cuaca ketika itu cerah dan tidak hujan," katanya yang memberitahu turut melihat jelas sebuah Perodua Viva dan Toyota Vios yang melalui jalan sama 'bermandi' lumpur.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved