Rabu, 27 Februari 2013

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Kematian Durairaju a/l Suppiah <b>di Batu Caves</b> - R Sivarasa

Posted: 13 Feb 2013 02:14 AM PST

Kenyataan Media        9 February 2013

Durairaju A/L Suppiah – Meninggal Dunia Akibat Kecuaian Dan Kelalaian Jawatankuasa Kuil Batu Caves

1.Encik Durairaju A/L Suppiah (35 tahun) telah meninggal dunia pada 3 Februari 2013 (Ahad) di perkarangan Batu Caves. Kecuaian dan kelalaian Jawatankuasa Batu Caves yang diketuai oleh Datuk R Nadarajah telah mengakibatkan kematian Encik Durairaju.

2.Encik Durairaju bersama keluarganya telah sampai di Batu Caves pada 3 Februari 2013, lebih kurang jam 12.30pm.
Bersama beliau ialah Puan Thavamani Devi A/P Munusamy (isteri), Thineswary (anak – 15 tahun), Tanes (anak – 13 tahun), Prakash (anak – 12 tahun) dan Tarani (anak – 6 tahun).

Turut bersama mereka ialah adik kandung iaitu Encik Puvanes, Encik Gunalan, Puan Parames (isteri Encik Gunalan), Mogan dan Komala (anak Encik Gunalan). 
 
3.Beliau bersama keluarganya telah menaiki anak tangga untuk membayar nazar mereka. Tiada sebarang kesan semasa beliau menaiki anak tangga tersebut.

4.Beliau juga telah membeli resit 'archanai' untuk menyempurnakan nazar keluarga beliau.

5.Setelah selesai menyempurnakan nazar keluarga beliau, beliau memaklumkan kepada isterinya bahawa beliau rasa pening dan pitam. Akibat situasi ini, beliau telah terduduk.

6.Selepas itu, beliau telah membaringkan diri hampir 2 jam, kerana tidak mampu untuk bangun dan turun ke bawah.

7.Lebih kurang jam 2.30pm, beliau telah mencuba untuk bangun dan mampu duduk di atas sebuah kerusi yang berdekatan.

8.Oleh kerana rasa pening dan pitam beliau sekali lagi telah membaringkan diri. Ketika ini, isterinya meramalkan bahawa suaminya telah meninggal dunia.

9.Selepas itu, dengan pertolongan orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian, telah mendukung dan membawa beliau ke bawah.

10.Isteri telah mendapatkan sebuah teksi untuk membawa suaminya ke klinik yang berdekatan.

11.Setelah tiba di klinik tersebut, lebih kurang jam 3.30pm, doktor memberitahu keluarga bahawa Encik Durairaju telah meninggal dunia.

12.Bedah siasat telah dilakukan di Hospital Selayang lebih kurang jam 9pm. Jenazah beliau telah dibawa ke rumah lebih kurang jam 1am pada 4 Februari 2013.

13.Persoalan yang timbul melalui kematian Encik Durairaju ialah:

a)Mengapa TIADA sebarang bantuan kecemasan dan perubatan termasuk bantuan daripada Bulan Sabit Merah (Red Cross Crescent) disediakan seperti pada Hari Thaipusam?

b)Mengapa TIADA pegawai perubatan dan/atau jururawat disediakan untuk bertugas sepanjang masa memandangkan ramai penganut dan pengunjung yang akan hadir pada hari terakhir?

c) Mengapa TIADA ambulans dan/atau klinik bergerak disediakan memandangkan terlalu ramai penganut dan pengunjung yang datang pada hari itu?

14.Saya percaya bahawa Encik Durairaju dapat diselamatkan sekiranya bantuan perubatan   diberikan kepada beliau. Kegagalan beliau mendapat bantuan perubatan adalah disebabkan kecuaian dan kelalaian Jawatankuasa Batu Caves. 

15.Jawatankuasa Batu Caves yang diketuai oleh Datuk R Nadarajah sepatutnya menyediakan bantuan kecemasan dan perubatan yang sewajarnya memandangkan kejadian sebegini bukan kejadian di luar jangkaan.

16.Jawatankuasa Batu Caves yang diketuai oleh Datuk R Nadarajah sepatutnya membuat persediaan untuk mendapat bantuan pegawai perubatan, jururawat dan bantuan daripada Bulan Sabit Merah di perkarangan Batu Caves untuk membantu panganut dan pengunjung yang memerlukan bantuan sebegini.   

17.Jawatankuasa Batu Caves yang diketuai oleh Datuk R Nadarajah sepatutnya menyediakan perkhidmatan ambulans dan sebuah klinik bergerak (sekurang – kurangnya) di perkarangan Batu Caves setiap masa memandangkan ratusan dan ribuan pengunjung yang melawat tempat ibadat ini dan bilangan ini semakin bertambah.  

18. Saya mendesak Jawatankuasa Batu Caves yang diketuai oleh Datuk Nadarajah untuk:

i)bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehilangan Encik Durairaju kerana kehilangan nyawa beliau berlaku di perkarangan Batu Caves di bawah pentadbiran mereka.

ii)bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar gantirugi kepada keluarga Encik Durairaju memandangkan beliau merupakan pencari nafkah tunggal keluarga yang terdiri daripada isteri dan 4 orang anak yang sedang belajar. 

iii)bertanggungjawab untuk mengambil langkah serta merta dengan meletakkan sebuah klinik bergerak termasuk pegawai perubatan dan jururawat untuk memberi bantuan kecemasan dan perubatan dalam jangka masa terdekat. 

v) bertanggungjawab untuk menyediakan pondok perubatan atau klinik perubatan yang tetap sebagai penyelesaian jangka masa panjang supaya insiden sebegini tidak berulang pada masa hadapan.

19.Saya amat dukacita dan sedih dengan insiden ini. Insiden ini tidak sepatutnya berlaku. Insiden ini merupakan sebuah insiden yang serius. Saya menegaskan sekali lagi bahawa Encik Durairaju sepatutnya bersama kita sekarang sekiranya bantuan perubatan diberikan kepada beliau. Kegagalan beliau mendapat bantuan perubatan adalah disebabkan kecuaian dan kelalaian Jawatankuasa Batu Caves dan ini telah mengakibatkan seorang nyawa telah terkorban di tempat ibadat yang mulia ini. 

YB Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Subang.
Ahli Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat,
Parti Keadilan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads