Rabu, 27 Februari 2013

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Banjir Kilat <b>Di Puchong</b> : MPSJ Arah Kontraktor LRT Bina Saliran Air <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 03:30 AM PST

SHAH ALAM 19 FEB: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengarahkan kontraktor yang terlibat bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran pusat membeli belah IOI Mall Puchong supaya membina saliran air baru yang dapat mengalirkan air ke sungai Klang.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, kontraktor berkenaan iaitu Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) juga diminta mempercepatkan memperbesarkan longkang yang lebih luas untuk menampung peningkatan kuantiti air hujan.

Katanya, punca banjir kilat yang berlaku petang semalam berkemungkinan disebabkan oleh hujan yang lebat dan kapasiti air yang melalui saluran air di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) terlalu tinggi yang menyebabkan limpahan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan saluran 'kalbet' longkang di bawah LDP itu tidak berfungsi dan semakan sedang dilakukan bersama syarikat konsesi LDP iaitu Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK).

"Kita sudah minta kontraktor LRT, MRCB supaya mempercepatkan laluan air dan akan ambil masa lebih kurang satu bulan setengah untuk disiapkan dan berharap banjir seperti semalam tidak berulang kembali," katanya.

Satu mesyuarat teknikal berkenaan banjir kilat itu juga dilakukan MPSJ bersama Litrak dan MRCB petang tadi.

Menurut Asmawi lagi, punca sebenar banjir tersebut akan dimaklumkan selepas semua semakan dan perbincangan menyeluruh dilakukan.

"Daripada semakan menyeluruh, baru kita dapat kenal pasti punca dan ramai yang mengatakan projek pembinaan LRT itu merupakan punca dan kita tidak akan kata ya atau tidak selagi hasil laporan menyeluruh tidak diperolehi," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, banjir kilat yang berlaku kira-kira pukul 4 petang semalam menyebabkan kesesakan lalulintas di kedua-dua arah iaitu ke Sunway serta Subang Jaya dan Puchong Perdana.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads