Rabu, 27 Februari 2013

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


40 Pusat Refleksologi <b>Di Klang</b> Diambil Tindakan

Posted: 07 Jan 2013 07:01 PM PST

KLANG 8 JAN: Sebanyak 40 premis pusat refleksologi sekitar bandar Klang yang melanggar peraturan papan iklan dikenakan tindakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) sepanjang tahun 2012 lalu.

Premis yang terlibat dikenakan tindakan kompaun serta penurunan iklan serta merta setelah notis yang diberikan pihak berkuasa MPK tidak dipedulikan.

Pengarah Jabatan Perlesenan MPK, Azhar Samsudin, berkata, tindakan tersebut diambil di bawah Undang-Undang Kecil Iklan MPK 2007 kerana pemilik premis pusat refleksologi gagal mengikut syarat yang ditetapkan.

Katanya, tujuan utama pemantauan rapi dan tindakan dilakukan oleh penguatkuasa MPK adalah mempastikan pemilik premis mengikut syarat yang ditetapkan serta bagi membendung isu gejala sosial di kalangan penduduk di sekitar.

"Kita menerima rungutan serta aduan daripada orang awam yang mengatakan iklan pusat refleksologi ini tidak sesuai serta terlalu besar dan ia terbukti melanggar spesifikasi saiz iklan yang dibenarkan," katanya.

Dalam pada itu, sebanyak empat buah premis seperti itu diambil tindakan dengan penurunan iklan serta kompaun dalam satu operasi yang dilakukan pihak berkuasa MPK di kawasan Pandamaran, Klang baru-baru ini.

Kesemua premis tersebut merupakan kali pertama diambil tindakan sepanjang dibuka setelah diberikan notis amaran selama beberapa kali namun masih tidak diendahkan.

Azhar berkata, mulai tahun 2013, operasi pemantauan dan tindakan amaran akan dilakukan dengan lebih kerap bagi membendung perkara seperti ini daripada terus berleluasa.

"Kita minta kerjasama daripada pemilik premis supaya mengikut syarat yang ditetapkan dan orang awam turut diminta tampil membantu MPK supaya ia dapat dikawal," katanya lagi.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads