ads

Rabu, 27 Februari 2013

12 di dengkil - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


PENGEDAR SAH SHAKLEE <b>DI DENGKIL</b> BANTING SEPANG KLIA <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2013 04:00 PM PST


Masih ingat tak lagi pelakon Faizal Yusof (ex-hubby artis Nordiana) yang meninggal secara tiba-tiba..? Al-Fatihah... beliau masih muda lagikan? Tapi kenapa begitu cepat beliau pergi? Punca kematian adalah kerana serangan jantung.. jantung gagal berfungsi. Serangan jantung ni tak kenal usia dah sekarang ni. Jadi, lebih baik kita ambil langkah awal untuk mencegah serangan jantung ini.. So, harini jom kita baca kisah jantung dan kolestrol..

PENYAKIT JANTUNG MULA SERANG ORANG MUDA.
Petikan dari Harian Metro 2 Oktober 2009
KUALA LUMPUR: Jika dulu, penyakit jantung sinonim dengan golongan berusia, tetapi kini ia
 mula menyerang golongan muda berusia di bawah 40 tahun kesan daripada corak pemakanan 
dan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan mereka.
Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof 
Madya Dr Oteh Maskon berkata kegilaan golongan itu terhadap teh tarik, roti canai, nasi lemak dan merokok, ditambah pula sikap malas bersenam menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit jantung.
Beliau berkata dengan gaya hidup seperti itu, golongan berkenaan terdedah kepada risiko obesiti, penyakit darah tinggi dan kencing manis yang menjadi faktor utama menyebabkan penyakit jantung.
Ini terbukti dengan kira-kira lima peratus daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke wad di PPUKM dalam tempoh setahun terdiri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun, yang rata-ratanya pada masa sama didiagnosis menghidap darah tinggi dan kencing manis, selain perokok, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Awam bertajuk "Degupan Jantung, Hembusan Nafas, Jangan Biarkan Ianya Berakhir" di PPUKM di sini, hari ini.
----------------------------------------------------------

Kenapa kolestrol yang tinggi amat berbahaya?
Kolestrol yang terkumpul kepada darah jika tidak dikawal akan membuatkan anda akan diserang tekanan darah tinggi akibat tekanan pengepamam pada jantung. Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan ke seluruh tubuh. Proses ini pula akan menjadikan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. Lama kelamaan, jantung yang lemah membuat aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila darah mengalir perlahan, penimbunan lemak mula berlaku dalam darah. Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan penyumbatan akan berlaku pada bila-bila masa. Yang pasti itulah "SILENT KILLER". Dalam beberapa saat, apabila penyumbatan berlaku, usia kita ditentukan oleh Nya. Jika anda bernasib baik, anda selamat, jika tidak, secanggih manapun kelengkapan hospital, sudah tiada manafaatnya.*.kolestrol yang tinggi..tekanan darah tinggi..semuanya membawa ke simptom2 serangan sakit jantung......


. Jadi rajin2lah jalani pemeriksaan kesihatan. kerana bacaan paras kolestrol/blood pressure level adalah indicator untuk anda melakukan sesuatu...Yang pasti gaya hidup sihat bukan lagi pilihan ...nak atau taknak ..gaya hidup sihat adalah satu kewajipan untuk kita patuhi... .Jadi kalau anda sayang diri anda dan keluarga anda..ambillah Omega GuardLecithinVitamin EGarlic...


ni antara supplemen yang disarankan didalam Shaklee khas untuk membekalkan nutrien yang penting dalam mengekalkan jantung yg kuat dan sihat pendek kata ,ia ,mengurangkan risiko sakit jantung dan strok,mengekalkan tahap kolestrol yg sihat dan mengekalkan tekanan darah normal..
Ambil langkah awal dengan mencegah bukan mengubati. Shaklee Omega Guard ada OFFER bulan ni, ramai yang amik 3-4 botol terus sebab Omega ni boleh dimakan oleh semua peringkat umur.. Jom dapatkan Omega sebelum serangan jantung menyerang kita. 

Banjir <b>Di Dengkil</b> 800 Dipindah

Posted: 05 Nov 2012 09:10 PM PST

SHAH ALAM, 6 NOV : Seramai 800 orang mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir di DUN Dengkil dipindahkan segera oleh pasukan penyelamat ke beberapa pusat pemindahan yang disediakan.

Sehubungan itu,  Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar  mengadakan lawatan dan meluangkan masa bersama mangsa serta diberikan taklimat oleh Pegawai Daerah Sepang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah, Haris Kassim.

Taklimat diadakan di pusat operasi utama pemindahan di Dewan Orang Ramai Dengkil di mana Dr Xavier diberi penerangan mengenai operasi kerja menyelamat dan bantuan serta perkembangan semasa mengenai banjir.

Dr Xavier merakamkan penghargaan terima kasih Kerajaan Negeri kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Perbandaran Sepang serta polis yang telah bersiap sedia 24 jam untuk menghulurkan bantuan kemanusian.

Beliau melahirkan kerisauan kerana berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (Ramalan Cuaca) bahawa hujan dijangka akan berterusan selama 7 hari lagi dan ini memerlukan pihak terlibat untuk menyediakan lebih banyak pusat pemindahan bagi menempatkan lebih ramai mangsa banjir dalam beberapa hari nanti.

Selain pusat itu, sebuah lagi pusat pemindahan adalah Dewan Orang Ramai Desa Gemilang, Dengkil.

Selepas sesi taklimat berakhir, Dr Xavier dibawa melihat beberapa kawasan dinaiki air di Kampung Ampar Tenang, rumah pangsa Taman Permata dan kawasan berhampiran.

Turut hadir, Penyelaras Pusat Khidmat DUN Dengkil, Borhan Aman Shah.

Pendapat Anda

Pendapat

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved