ads

Rabu, 27 Februari 2013

12 di shah alam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Pahang mahu mata penuh <b>di Shah Alam</b> – Liga Super Malaysia

Posted: 19 Jan 2013 02:00 AM PST

PAHANG yang kembali ke saingan Liga Super musim ini, masih mengekalkan rekod cemerlang selepas mengharungi tiga perlawanan setakat ini.

Namun, rekod tersebut belum cukup untuk menggembirakan mereka selagi tidak berjaya menewaskan Selangor.

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, kemenangan ke atas Selangor amat penting kerana ia akan memberi gambaran terhadap perjalanan skuad Tok Gajah dalam saingan liga musim ini.

"Walaupun Pahang menang dalam tiga perlawanan sebelum ini, kita sebenarnya masih belum cukup selesa selagi tidak mampu mengalahkan pasukan handalan seperti Selangor.

"Selangor dikenali sebagai pasukan yang kuat dalam bola sepak Malaysia. Cukup penting untuk mengalahkan yang kuat dan merampas status itu daripada Selangor," kata Dollah ketika dihubungi Kosmo! di Kuantan semalam.

Ujar Dollah lagi, laluan pada aksi menentang Selangor tidak semudah yang dijangka memandangkan lawan mereka itu memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri di Stadium Shah Alam.

"Perlawanan menentang Selangor akan menguji kekuatan sebenar Pahang dan sudah pasti saya mengharapkan ia berpihak kepada kami.

"Kita selalunya sentiasa berhati-hati setiap kali menentang Selangor, tidak kira beraksi di venue mana sekali pun. Jadi, malam esok (malam ini) kita akan tetap berhati-hati.

"Saya harap semua pemain dapat mengekalkan komitmen serta disiplin yang tinggi pada perlawanan getir menentang Selangor.

"Jika mereka bersungguh-sungguh mahu meletakkan Pahang di kedudukan terbaik, semua pemain perlu tampil dengan aksi terbaik," ujar beliau.

Dalam pada itu, Dollah memberitahu, beliau hanya akan menurunkan kesebelasan pemain terbaik untuk memastikan barisan serangan dan pertahanan dapat mengekalkan momentum sepanjang 90 minit perlawanan.

Tambah beliau lagi, hanya pemain tempatan akan diturunkan dalam perlawanan tersebut dan ia diharap dapat mengurangkan risiko melakukan kesilapan ketika menghadapi asakan Selangor.

"Aksi menentang Selangor merupakan salah satu daripada cabaran besar dalam liga dan para pemain pula harus sentiasa bersedia."

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved