Ahad, 24 Mac 2013

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Penduduk rumah <b>panjang Sungai</b> Delok tidak tunduk dengan <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 03:57 PM PST

Posted on March 7, 2013, Thursday

LUBOK ANTU: Rakyat yang tinggal di rumah panjang sekitar Sungai Delok tidak akan tunduk dengan pelbagai tawaran yang dijanjikan Parti Pekerja Sarawak (SWP) untuk meraih soko-ngan politik.

Tuai Rumah Janggong dari Pala Taong, Nanga Delok Lubok Antu yang mewakili beberapa penduduk rumah panjang sekitar Sungai Delok berkata, mereka tidak akan tunduk kepada janji SWP seperti pemberian insurans dan Tabung Pendidikan Larry sekiranya setuju me-nyokong parti itu.

Janggong berkata janji itu hanyalah satu tawaran bagi meraih sokongan politik daripada pengundi Lubok Antu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

"Kami enggan menerima SWP. Begitu juga dengan beberapa rumah panjang sekitar kawasan Nanga Delok yang turut enggan menerima parti itu kerana kami orang Iban bukan 'daun terup' yang digunakan sesuka hati untuk tujuan judi politik mereka.

"Nampaknya SWP cuba memecahbelahkan perpaduan politik orang Iban, justeru saya menyeru orang Iban di kawasan Parlimen Lubok Antu berhati-hati dengan helah politik mereka ini," katanya di sini semalam.

Selain itu, Janggong men-dakwa SWP tidak mampu menjinakkan pengundi di kawasan Nanga Delok ke-rana Barisan Nasional (BN) menerusi Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak aktif memajukan dan membela hidup mereka selama ini.

"Ia sekali gus membukti-kan anak jati dari Lubok Antu dengan pimpinan kerajaan BN mampu memajukan penduduk di kawasan ma-sing-masing pada masa ini.

"Orang luar tidak dialu-alukan untuk menjadi wakil rakyat di sini. Ini kerana kami akan tetap menyokong Nyalau pada PRU13 nanti," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai panjang</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jan 2013 09:06 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PR Selangor Tunaikan Janji, Bina Rumah <b>Panjang Di</b> Sarawak

Posted: 13 Jan 2013 10:40 PM PST

1_Rumah panjang Sungai Jerak

SARATOK, 14 JAN : Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam membela nasib rakyat benar-benar terbukti apabila tidak hanya membantu penduduk di Selangor, malah menabur bakti di daerah Saratok, Sarawak.

Terbaru, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji untuk membina rumah panjang baru bagi lebih 200 penduduk di Sungai Jirak, di sini.

Rumah mereka hangus dalam kebakaran dua tahun lalu.

Lebih lagi, PR Selangor boleh menyumbang tiga kali ganda daripada apa yang ditawarkan oleh Kerajaan Umno-BN yang hanya mahu menyumbang RM 12,000 sahaja kepada penduduk di situ.

Rumah panjang yang dikenali sebagai Rumah Unding itu memiliki 20 buah "pintu" atau dan dibiayai Kerajaan Selangor dengan nilai RM360,000.

Adun Krian, Ali Biju dalam ucapannya berkata, janji untuk membina semula rumah panjang itu mula disuarakan Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar semasa tempoh berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada April 2011.

"Dengan pertolongan Kerajaan Negeri Selangor, rumah panjang Unding ini dapat disiapkan dalam tempoh singkat. 8_Rumah panjang Sungai Jerak

"Semasa Dr Xavier turun padang untuk membantu Pakatan Rakyat berkempen, tiada siapa yang percaya pada kata-kata beliau.

"Namun, ternyata ia bukan janji kosong. Dengan terbinanya rumah ini, maka ia membuktikan keikhlasan dan kejujuran Pakatan Rakyat untuk membantu rakyat di Ulu Kerian, Saratok di sini," katanya semasa menghadiri Majlis Perasmian Rumah Unding, di sini.

Majlis itu dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri Dr Xavier yang merupakan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Tambah Ali, rumah panjang itu dibina hasil gotong royong oleh penduduk setempat secara berperingkat tanpa menggunakan khidmat kontraktor.

Menurutnya, peruntukan Kerajaan Negeri Selangor itu juga jauh lebih baik berbanding apa yang ditawarkan Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan Pusat tawarkan bantuan RM 12,000 untuk membina rumah-rumah panjang di sini.

"Dengan nilai itu, apa yang boleh rakyat dapat? Bayaran kontraktor sahaja sudah mahal.

"Sudah tentu rumah yang dibina nanti tidak mampu untuk menampung ramai keluarga," katanya lagi.

12_Rumah panjang Sungai Jerak

Pendapat Anda

Pendapat

22 keluarga dipindah rumah <b>panjang</b> berisiko dilanda banjir <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2013 02:06 PM PST

Posted on January 13, 2013, Sunday

ROBAN: Sebanyak 22 keluarga yang terdiri daripada 100 orang dari Rumah Steward, Jelupang Sungai Nyiar, Roban telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Masyarakat Roban, malam kelmarin.

Pemindahan ini dilakukan berikutan kedudukan rumah panjang ter-babit yang terletak di tebing Sungai Seblak, berisiko tinggi dilanda banjir yang mampu mengundang pelbagai bahaya.

Ini berikutan hujan lebat yang turun tanpa henti sejak Rabu lalu hingga semalam dan pertembungan air pasang besar di sungai terbabit.

Menurut Pegawai Jabatan Hal Eh-wal Khas (JASA) Saratok Kassim Tomik yang dihubungi semalam, aktiviti pemindahan tersebut telah dijalankan sejak petang kelmarin.

"Berikutan paras air Sungai Seblak yang telah naik hingga ke paras berjaga-jaga, penduduk di rumah panjang berkenaan telah diarah berpindah dengan segera kerana rumah panjang berkenaan terletak di kawasan berisiko dilanda banjir berdasarkan pemantauan pihak berkaitan.

"Berkemungkinan juga penduduk dari rumah panjang berkenaan akan tinggal di pusat ini dalam tempoh sehari dua lagi, hingga situasi di rumah panjang terbabit benar-benar selamat untuk mereka diami semula," kata-nya.

Kassim berkata, aktiviti pengurusan dan pengendalian mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut melibatkan kerjasama daripada pejabat JASA Daerah Saratok, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Saratok, Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pemimpin tempatan.

Sementara itu, pihak Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah Kecil Roban yang turut dihubungi memaklumkan bahawa pusat pemindahan ini akan dibuka selama 24 jam bermula petang kelmarin bagi menghadapi sebarang kejadian banjir yang berlaku di daerah terbabit.

Katanya keadaan hujan yang turun beberapa hari lalu hingga semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di sini dinaiki air.

"Kebimbangan kami terhadap per-kara yang buruk akan berlaku akibat kejadian itu adalah disebabkan pertembungan air pasang besar mungkin berlaku pada petang ini (semalam) dan esok (hari ini) iaitu pada sekitar jam 5 petang hingga 10 malam.

"Kami tidak mahu penduduk yang berisiko dilanda banjir seperti dari Rumah Jelupang tinggal di kediaman mereka yang berisiko dan berbahaya," kata jurucakap terbabit.

Menurutnya pihak jawatankuasa turut menasihati orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan be-risiko dilanda banjir atau yang tinggal berhampiran sungai agar berhati-hati sepanjang masa dan memantau paras air di sungai-sungai berhampiran.

Dalam pemantauan ke pusat ter-babit, turut dimaklumkan bahawa beberapa rumah di Kampung Melayu Roban juga dinaiki air.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads